March 14, 2015

Wedding Susan & Pulau Perhentian (Part 2)

Bismillah.

Its time for Island again this year.
This time dah alang-alang ke Kelantan.
Terus dorang buat plan untuk pegi Pulau Perhentian.
Pengantin baru dah keluar awal pagi nak hantar kan kitorang ke Jeti.
Perjalanan ke Jeti Kuala Besut dalam 1 jam.
Kitorang pegi dengan agent tempat Choon kerja.

Beg dah macam nak duduk seminggu kat pulau. Hahaha.

Kalau bawa kereta, boleh terus park dekat sini.
Betul-betul sebelah dengan perhentian bas.

Upacara bagi angpau oleh pengantin.
Sebab raya cina, pengantin kena bagi angpau.
Gerak ke Pulau Perhentian. Ayuh!


................

Sampai je, lepas check in kat Flora Bay.
Terus tukar uniform. Sapu sun block siap-siap.
Sebab petang ni jugak kitorg gi snorkeling.
Hahaha. Nampak x kebusyan tu.
Sementara tunggu abg bot, kitorang lepak bawah pokok besar ni,
Ada buaian taw. Dengan pemandangan menghadap laut.
Boleh terlelap camni.
Tengoklah laut Pulau Perhentian yang biru ni. Subhanallah.


Tetiba abg bot lalu depan tempat kitorang duduk dulu,
Eh eh, dah lain sikit tempat ni. Dulu macam rumah tumpangan je gaya nya.
Sekarang dah naik batu semua. Oh mai.

Bersambung.