February 12, 2016

Day I Gave Birth (Part 2)


Awal gila masuk labor, sakit apa pun x.
Dekat sini, CTG lagi, tapi dah masuk zone bahaya.
Sebab, everytime mommy contraction, heartbeat baby drop.
Terus kena drip, bagi jalan bukak cepat sikit.
Lepas tu, contraction makin laju.
Tengah-tengah mamai tu pun boleh cakar habis tgn suami.
Dia dok senyap je, redho.
Masa-masa ok, sempat borak lagi dengan dia.
Ok, contraction xde masalah, tapi ada niy ha, MA ke Dr ke apa tah.
Datang-datang terus tepuk-tepuk cari urat tangan.
Dah cucuk tapi x kena, dia cucuk hat lain pulak.
Nasib x ingat muka, kalau x lama kena dah.
Bila contraction dah 2 - 3 minit sekali.
Dr datang cek bukaan, lambat sangat.
Dia tlg pecahkan air ketuban, mengalir panas je.
Sampai bukaan 10 cm, dah mula ramai dalam bilik.
Kiri kanan orang, satu pun x cam.
Dorang bagi 2 pole ada tali, utk pegang dan letak kaki.
Dia siap pesan, jgn lepaskan, nanti takda sapa nak tlg angkat.
And memang masa push tu, pegang tarik tali tu.
Push 2 3 kali baby taknak keluar, Dr cakap dia tergantung lagi taknak masuk.
Terus dia mintak vacum. Yg kelakarnya, boleh pulak dia mintak tukar vacum.
Sebab vacum yg dapat ni x cukup power.
Masa ni, husben dah kena tunggu kat luar.
Dia xboleh tunggu sebab ada bantuan alat.
Sebelum vacum, Dr bagitahu yg baby mungkin akan ada lekuk sikit dekat kepala.
Masa tu, ye kan je, sebab harap dia selamat keluar sudah.
Annd, dia sekali pop, terus keluar rasa lega ya amat.
Dr letak atas peha kiri, menangis si Hana, suara comel sangat alahai.
Bidan cakap, 'Kecik je budaknye. Tapi mak dia, satu hospital boleh dengar suara'
Haha. Dah sakit, x kan nak ketawa pulak kan kan,
Nurse bawak baby datang dekat, dia bagitahu, 'Puan, anak perempuan ye'
X sempat nk skin to skin, nurse dah bawak baby keluar.
Daddy tah mana hilang.
Dr continue jahit luka, eh tetiba orang sebelah panggil.
Org sebelah bersalin kembar. Dah hilang Dr.
Pas dah setel ngan org sebelah dia datang balik sambung jahit.
Boleh pulak dia macam tu. Ni manusia oke.
Masa tu mamai x ingat, lagi mintak gas, sebab rasa ngilu masa jahit tu.